Utama Tempatan “Semua Teratur..” – Menteri Belia & Sukan Hannah Yeoh Puji Peminat Malaysia...

“Semua Teratur..” – Menteri Belia & Sukan Hannah Yeoh Puji Peminat Malaysia Di Konsert BLACKPINK

hannah yeoh blackpink

Sudah 2 hari berlalu, konsert BLACKPINK “BORN PINK” di Kuala Lumpur masih lagi menjadi bualan ramai hingga ke hari ini.

Selain peminat dan selebriti, Menteri Belia dan Sukan Malaysia iaitu Hannah Yeoh turut menghadiri konsert BLACKPINK di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac baru-baru ini.

Terbaru, Hannah Yeoh telah memuat naik foto suasana di konsert BLACKPINK, yang dipenuhi dengan lebih 60,000 peminat.

Menarik perhatian, Ahli Parlimen Segambut itu juga turut memuji tingkah laku peminat yang hadir ke konsert tersebut dengan menulis,

Melihatnya dengan mata kepala sendiri memang sukar dipercayai. Orang ramai begitu teratur, dengan ramai belia dan keluarga muda.

hannah yeoh blackpink in kl

Tambahnya lagi,

Beribu-ribu juga menggunakan perkhidmatan LRT. Muzik adalah seperti sukan, boleh mengikat kita bersama. Syabas, BLINKS (nama kelab peminat) Malaysia!

Memang bagus semua peminat BLACKPINK di Malaysia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERTwitter
Loading...