Ikuti Kami:

“Semua Tak Faham” – Dikritik Penuh Babak Serangan Seksual, Pengarah ‘Behind Your Touch’ Beri Respon

“Semua Tak Faham” – Dikritik Penuh Babak Serangan Seksual, Pengarah ‘Behind Your Touch’ Beri Respon

Belum pun bersiaran namun drama “Behind Your Touch” sudah pun menerima kritikan ramai dek satu isu berbangkit ini.

Dalam sidang media drama itu baru-baru ini, pengarah Kim Seok-yoon telah berkongsi lebih mengenai kisah disebalik pemilihan plot drama ini,

Dari namanya ‘hip’. ia menyasarkan komedi yang baru dan unik. Di mana watak utamanya mempunyai kemampuan psikik untuk dia melihat masa lalu apabila menyentuh punggung seseorang.

behind your touch

Bukan itu sahaja, pengarah itu turut ditanya mengenai plot di mana watak utamanya mendapat kuasa ajaib dengan memegang punggung orang lain mempunyai elemen serangan seksual. Balas pengarah itu,

Saya mendengar mengenai masalah itu. Malah, saya merasakan konteks adalah penting. Mungkin kalau ada yang tidak memahami konteks itu, awak akan berasa lain. Tapi tak perlu risau pun. Kalian akan fahami apabila menonton siaran nanti dan segala kerisauan bakal hilang.

Untuk pengetahuan, “Behind Your Touch” berlatarkan kawasan luar bandar dan menceritakan kisah tentang apa yang berlaku di sana dengan cara yang berperikemanusiaan.

Nantikan tayangannya pada 12 Ogos ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...