Ikuti Kami:

“Cuba Tukar Jantina..” – Penuh Babak Serangan Seksual, Drama Han Jimin & Lee Minki Teruk Dikritik

“Cuba Tukar Jantina..” – Penuh Babak Serangan Seksual, Drama Han Jimin & Lee Minki Teruk Dikritik

Belum lagi ditayangkan namun drama “Behind Your Touch” sudah pun menerima kritikan ramai.

Khabarnya, dari beberapa teaser yang dikeluarkan, terdapat elemen serangan seksual yang menimbulkan rasa tidak selesa kebanyakan penonton di Korea.

Dalam drama itu, Han Ji-min membawa watak seorang veterinar yang sibuk merawat haiwan seperti anjing dan ayam namun mempunyai kemampuan untuk melihat masa lampau orang lain apabila memegang punggung mereka.

Disebabkan oleh pelbagai babak di mana Han Ji-min dilihat memegang bahagian sensitif beebrapa lelaki termasuk Lee Min-ki dan Suho EXO, ada yang mengkritik drama ini kerana ‘tidak sensitif secara seksual’, ‘mengagungkan serangan seksual’ dan ‘kebencian terhadap lelaki’.

han jimin

Komen netizen,

Kalau ada drama orang lelaki memegang punggung wanita secara rawak ketika berjalan di luar, pastinya pelakon, pengarah dan staf lain perlu memohon maaf.

 

Tak eloknya.

 

Kalau kita tukar jantina, mesti akan ada kekalutan berlaku.

 

Biar betul penulis ni? Pernah tak mereka menulis lelaki menyentuh dada wanita dan menggunakan psikometri.

Mereka benarkan tayangan ini?

 

Mereka patut belajar mengenai bahagian seksual yang sensitif.

 

Saya tak boleh selindung ini.

Dalam pada itu, “Behind Your Touch” yang bertemakan naskhah kelakar dan misteri ini akan ditayangkan bermula 12 Ogos akan datang.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...