Ikuti Kami:

Jurugaya Tuduh Tak Pulangkan 300 Kasut, Agensi Suho EXO Beri Respon Padu

Jurugaya Tuduh Tak Pulangkan 300 Kasut, Agensi Suho EXO Beri Respon Padu

Kadang-kadang, orang yang rapat dengan kita pun mungkin akan menjadi musuh dalam selimut suatu hari nanti.

Ini yang terjadi kepada Suho EXO apabila semena-mena namanya dikaitkan sebagai idola yang mengambil kesemua kasut tajaan bernilai 100 juta won (RM341,129) tanpa memulangkannya hingga kini.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang jurugaya yang memuat naik mengenai hal tersebut di Instagram miliknya kelmarin.

Mahu banyak benda, tapi tiada perasaan. Sudah 6 bulan diberikan, bila nak pulangkan balik? Saya pun tak suka menayangkan hal ini di Instagram, sebelum nama awak didedahkan, baik berikan semula.

nike shoes

Respon SM Entertainment mengenai isu ini,

Posting yang tular di serata laman komuniti menyebut nama Suho adalah tidak berasas sama sekali dan tidak berkaitan dengannya. Kata-kata bahawa ia melibatkan Suho adalah informasi palsu dan bukan mengenainya.

Kami sedang bersedia untuk menfailkan aduan dek fitnah dengan menyebarkan berita palsu menerusi wakil guaman dan kami akan mengambil tindakan undang-undang kepada semua yang menyebarkan khabar angin ini.

suho exo

Dalam pada itu, rata-rata peminat mengumpulkan bukti bahawa jurugaya berkenaan biasanya memuat naik kesemua gambar kasut itu dengan menyatakan bahawa ia adalah hadiah dan juga tajaan jenama terkenal. Walau bagaimanapun, kesemua entri yang disertakan dengan kata-kata itu telah dipadam lantas menimbulkan sangsi semua mengenai tuduhan ini.

Main tuduh je..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...