Ikuti Kami:

“Semua Palsu..” – Peminat Beri Kata Semangat Dek Lee Sangyeob Bakal Kahwin, Jessi Beri Respon Padu

“Semua Palsu..” – Peminat Beri Kata Semangat Dek Lee Sangyeob Bakal Kahwin, Jessi Beri Respon Padu

Kadang-kadang hal gurauan pun diambil serius oleh sesetengah peminat..

Umum mengetahui bahawa Lee Sang-yeob bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati pada Mac tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, ada peminat yang terus menyebut nama Jessi di setiap berita perkahwinan itu dan mengharapkan yang dia okay. Eh?

Bagi yang menonton program “Sixth Sense”, pastinya tahu bahawa Jessi dan Lee Sang-yeon sering digandingkan bersama. Malah ramai yang mengharapkan bahawa keduanya benar-benar bercinta kerana keserasian ‘yin dan yang’ yang tidak dijangka.

jessi lee sangyeob

Jelas Jessi dalam Instagram Live baru-baru ini, meskipun memberikan ucapan tahniah buat pelakon lelaki itu tapi dia tertanya-tanya mengapa semua asyik menanyakan sama ada dia okay,

Saya tak cakap dengan Lee Sang-yeob selama setahun kini. Ianya tak benar (hubungan itu).

Katanya, dia tersentuh kerana peminat berasa risau dengannya. Namun ulasnya,

Apa yang awak lihat dalam rancangan TV adalah palsu.

Tak payah lah tanya soalan macam tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...