Penatnya jadi Jessi kerana kadang kala perlu melayan soalan tidak berasas oleh peminatnya.
Terbaru, penyanyi rap itu telah mengadakan siaran langsung di akaun Instagram miliknya bagi berkongsi cerita sebelum melakukan persembahan di Festival Bom Air di Vietnam.
Menjawab pelbagai persoalan, walau bagaimanapun Jessi berubah suara apabila diminta untuk berpakaian dengan lebih sopan ketika live itu di ruangan komen. Jawabnya,
Kenapa awak ingat saya kena pakai macam mana… kat Vietnam hampir cecah 40 darjah celcius. Jangan risau, saya akan sentiasa memakai sesuatu (bila live).
Dalam pada itu, Jessi turut sempat berkongsi mengenai perkembangan kariernya di mana dia mengakui sedang sibuk dengan persiapan album terbaru kini selepas bernaung di bawah More Vision iaitu syarikat Jay Park.
Biarlah dia nak pakai apa..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.