Ikuti Kami:

“Semua Kena Sihat” – Ahli Kongsi Pelan ‘Running Man’ Bagi Tahun 2024

“Semua Kena Sihat” – Ahli Kongsi Pelan ‘Running Man’ Bagi Tahun 2024

Tak senang sebenarnya nak lihat sebuah rancangan hiburan bertahan hingga berbelas tahun lamanya. Namun “Running Man” berjaya membuktikan ‘ketahanan’ mereka!

Melalui pelbagai onak dan duri sepanjang tahun 2023 seperti pengunduran diri Jeon So-min, pertukaran pengarah baru, beberapa ahli yang sakit dan banyak lagi tetapi sepertinya mereka tetap kuat untuk menyapa semua untuk tahun ini.

Dalam siaran langsung khas di saluran YouTube ‘Pinggyego’, Kim Jong-kook yang disertai Song Ji-hyo sebagai tetamu telah dihubungi oleh Yoo Jae-suk. Tanya lelaki berbadan sasa itu,

Kita ada tak perancangan untuk tahun 2024?

running man

Jawab Yoo Jae-suk,

Tahun 2024? Saya berharap agar kesemua ahli kekal sihat. Semua orang pun jaga kesihatan.

Dalam pada itu, Song Ji-hyo turut berkongsi bahawa dia bakal memulakan penggambaran untuk filem “Meeting Point” tak lama lagi selain akan berjumpa dengan peminat dalam sebuah rancangan kecantikan baru ‘HaeMaeKo’.

Fighting “Running Man”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...