Ikuti Kami:

“Mabuk Ke?” – Main Kaki & Pegang Tangan, Kelakuan Intim Song Jihyo & Kim Jongkook Tular

“Mabuk Ke?” – Main Kaki & Pegang Tangan, Kelakuan Intim Song Jihyo & Kim Jongkook Tular

Umum mengetahui bahawa hubungan ahli “Running Man” sangat rapat dengan satu sama lain.

Dalam satu siaran langsung mengejut di saluran YouTube ‘GYM JONGKOOK’, Song Ji-hyo tanpa notis awal menerjah Kim Jong-kook bagi menemaninya buat seketika. Katanya, dia sanggup berhenti seketika makan malam pusingan pertama kerana berdekatan dengan kawasan rakaman itu berlangsung.

Malah wanita itu dilihat ‘cool’ tampil tanpa solekan selain pipi turut kelihatan sedikit merah mungkin kesan dari minuman alkohol yang diambilnya. Ditanya apa yang akan dilakukan selepas ini,

Saya akan sambung makan malam pusingan kedua dengan pasukan pengurusan di tempat lain.

Apa yang menarik perhatian, Song Ji-hyo dilihat selesa mengusik Kim Jong-kook dengan menyanyikan lagu ‘One Man’, menarik kaki dan bermain dengan stokin lelaki itu selain berbisik dan meletakkan tangan pada bahagian badannya.

Rata-rata peminat meluahkan rasa seronok melihat kedua mereka dan merasakan ada hubungan yang istimewa antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo memandangkan wanita itu sering menyertai rancangan yang dikelolakan lelaki itu sejak dahulu lagi.

Cute je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...