Ikuti Kami:

“Semua Ingin Tahu Pasal Awak..” – Ahli ‘Running Man’ Usik Populariti Song Jihyo

“Semua Ingin Tahu Pasal Awak..” – Ahli ‘Running Man’ Usik Populariti Song Jihyo

Mungkin jarang berlakon dan memberikan fokus kepada rancangan hiburan dan perjumppan peminat di luar negara, namun tidak dapat disangkal bahawa Song Ji-hyo mempunyai pengaruh yang sangat besar di Korea.

Dalam episod terbaru “Running Man”, para ahli telah duduk makan bersama sambil berkongsi cerita tentang satu sama lain.

Dedah Yoo Jae-suk, dia semakin rapat dengan pelakon wanita itu kini kerana mereka sering menghubungi satu sama lain bahkan Song Ji-hyo tak kisah menjawab panggilan ketika sedang mandi. Mendengarkan hal itu, tanya ahli lain bagaimana dia berada berdekatan telefon bimbit ketika sedang membersihkan diri.

Jawabnya,

Saya mandi sambil menonton YouTube.

running man

Usik Yang Se-chan,

Nanti ada 20 artikel lah keluar pasal ni.

Tambah Yoo Jae-suk,

Semua orang sangat ingin tahu pasal Ji-hyo. Banyak yang orang tak tahu pasal awak. Semua wartawan sedang sibuk mencatat nota kini.

Jelasnya, dia suka menonton video berunsurkan siasatan. Kim Jong-kook kemudiannya mengatakan mengapa Song Ji-hyo suka video seperti itu sedangkan dia sering kalah misi yang memerlukan siasatan,

Maka saya cakap yang saya bukan tak pandai, tapi saya sukar untuk memberikan fokus sahaja.

running man

Kelakar lah Song Ji-hyo~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...