Di mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi.
Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli telah menjalani episod khas iaitu “Running Man Outing: Summer Vacation”.
Pada hari ini, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang memasak dan yang bekerja. Haha yang melihat resipi untuk memasak sup timun mula mengeluh dan berharap agar dapat menukar kumpulan.
Dalam pada itu, Yang Se-chan nyata terkesima apabila melihat Song Ji-hyo memotong kesemua timun meskipun sepatutnya bahagian belakang ditinggalkan sedikit. Komen lelaki itu,
Awak tak pernah makan ke?
Balas Song Ji-hyo,
Saya ingatkan kena masak timun lada hitam. Kami tak pernah buat kimchi di rumah, sebab mak saya tak pandai masak.
Jelasnya lagi,
Bahkan mak saya letak buah pic dalam stu kacang soya.
Angguk Haha tanda memahami,
Saya tahu awak iras siapa.
Pun begitu, ahli “Running Man” yang lain dilihat memuji masakan Song Ji-hyo semasa ia siap dihidangkan.
Ada sebab Song Ji-hyo main letak je bahan dalam masakan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.