Ikuti Kami:

“Saya Fokus ‘Running Man’ Dulu..” – Song Jihyo Belum Ada Drama Baru Dek Isu Saman Agensi?

“Saya Fokus ‘Running Man’ Dulu..” – Song Jihyo Belum Ada Drama Baru Dek Isu Saman Agensi?

Sekian lama tidak berlakon, sudah pasti ramai yang ternanti-nanti projek baru dari Song Ji-hyo kan?

Sejak kebelakangan ini, wanita itu dilihat sibuk ke sana dan ke sini bagi menyertai majlis pelancaran jenama kecantikan Glutanex di beberapa negara Asia bersama Watsons.

Terbaru, Song Ji-hyo telah menyapa peminat Hong Kong selain menjawab pelbagai persoalan dari wartawan di sana. Apabila ditanya mengenai projek akan datang, jawabnya,

Buat masa ini, saya akan beri fokus pada ‘Running Man’. Selain itu, saya sedang meneliti naskhah baru kini, mungkin akan ada berita baik untuk peminat tak lama lagi.

Berita ini nyata disambut baik peminat memandangkan pelakon berkenaan sedang menjalani perbicaraan mahkamah mengenai isu pembayaran agensi lamanya, Uzurocks Entertainment. Setakat ini, Song Ji-hyo masih belum lagi menyertai mana-mana syarikat pengurusan baru.

Bagi yang tidak mengetahui, kali terakhir ahli “Running Man” itu berlakon ialah pada 2021 dengan drama “The Witch’s Diner”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...