Ikuti Kami:

Badan Makin Fit, Song Jihyo Jawab Jika Bersenam Dengan Kim Jongkook Kini

Badan Makin Fit, Song Jihyo Jawab Jika Bersenam Dengan Kim Jongkook Kini

Kalau siapa yang rajin memerhati, pastinya nampak fizikal Song Ji-hyo yang nampak semakin fit kini kan?

Terbaru, Song Ji-hyo telah menyertai acara perjumpaan peminat bersama Glutanex dan Watsons di Hong Kong.

Bukan sahaja beramah mesra bersama peminat, pelakon wanita tersebut juga dilihat senang melayan soalan dari pelbagai media. Apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila ada yang berani bertanya sekiranya dia bersenam dengan Kim Jong-kook bagi membina otot badan.

Jawabnya sambil tertawa,

Kalau saya bersenam dengan Jong-kook oppa, saya akan mati. Saya tolak!

Tambahnya,

Saya hanya berjumpa Kim Jong-kook jika mahu membina badan untuk drama tapi biasanya akan berlatih sendiri sahaja.

Sepertinya ahli “Running Man” itu mungkin bersenam dengan sendiri ataupun mempunyai pelatih peribadi sendiri.

Dalam pada itu, Song Ji-hyo menerima pujian ramai selepas tampil dengan abs dan otot yang tegap di lengan dan kaki sejak kebelakangan ini.

Ye ke tak bersenam sekali?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...