Ikuti Kami:

Semua Benda Tak Kena, 6 Selebriti Korea Ini ‘Dikritik’ Netizen Atas Alasan Mengarut

Semua Benda Tak Kena, 6 Selebriti Korea Ini ‘Dikritik’ Netizen Atas Alasan Mengarut

Netizen ni ada je yang tidak puas hati.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan tentang selebriti Korea dibenci segolongan netizen oleh kerana alasan yang tidak masuk akal.

Jennie BLACKPINK

selebriti korea dibenci kerana sebab tak masuk akal

Sejak dua menjak ini, ada sahaja perkara yang dilakukan Jennie tidak kena pada mata netizen. Salah satu perbuatan yang dikritik netizen adalah apabila Jennie dikatakan malas untuk menari ketika membuat persembahan. Malah, penyanyi wanita itu juga pernah dikatakan nampak sangat over oleh kerana berpakaian lebih extra daripada ahli lain.

IU

selebriti korea dibenci kerana sebab tak masuk akal

Bagi peminat K-Drama, korang pasti kenal kan dengan IU. Selain daripada berlakon, dia juga merupakan seorang penyanyi. Pernah satu ketika, dia dibenci oleh peminat K-Pop oleh kerana Jung-kook BTS mengaguminya. Tambahan, ada peminat meninggalkan komen negatif pada setiap gambar yang dimuat naik oleh IU di laman Instagramnya.

Cha Eunwoo ASTRO 

selebriti korea dibenci kerana sebab tak masuk akal

Umum mengetahui bahawa Cha Eun-woo memulakan kerjaya sebagai penyanyi untuk kumpulan ASTRO. Selepas itu, dia mengembangkan kerjayanya menjadi watak utama untuk beberapa drama popular seperti “True Beauty”. Namun, ada mulut jahat mengatakan Cha Eun-woo langsung tidak mempunyai bakat dalam bidang lakonan malah, dia dipilih kerana mempunyai rupa yang segak untuk berada dalam kaca TV.

Jang Geunsuk

selebriti korea dibenci kerana sebab tak masuk akal

Sedia maklum bahawa negara Korea sangat mementingkan paras rupa luaran. Jika ada yang tidak memenuhi ciri-ciri standard kecantikan, mereka akan dikritik habis-habisan. Inilah yang berlaku kepada pelakon Korea, Jang Geun-suk. Bukan sahaja masyarakat biasa bahkan, media juga mula mengkritik Jang Geun-suk kerana kenaikan berat badannya dan ini telah menyebabkan penampilannya nampak lain.

Kang Daniel 

selebriti korea dibenci kerana sebab tak masuk akal

Kang Daniel ialah bekas ahli kumpulan lelaki Wanna One dan juga seorang pelakon. Selebriti lelaki ini dibenci apabila dia didapati bercinta dengan Ji-hyo TWICE. Orang ramai meninggalkan komen kebencian di media sosialnya, mengatakan Kang Daniel tidak cukup bagus untuk Ji-hyo.

Chen EXO

selebriti korea dibenci kerana sebab tak masuk akal

Vokalis kumpulan EXO ini pernah dimarahi dan dibenci kerana berkahwin dan mempunyai anak. Agak tidak masuk akal kerana peminat fanatik ini berkelakuan melampau dengan membuat protes di hadapan bangunan SM Entertainment, menuntut Chen dikeluarkan daripada kumpulan EXO. Tambahan lagi, mereka merasakan penyanyi K-Pop tidak patut berkahwin dan harus fokus pada kerjaya dalam seni hiburan sahaja.

Kalau benci sekalipun janganlah sampai macam tu sekali..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...