Ikuti Kami:

Hanya Khabar Angin, 5 Pasangan Selebriti Korea Ini Dikatakan Sedang Hangat Bercinta

Hanya Khabar Angin, 5 Pasangan Selebriti Korea Ini Dikatakan Sedang Hangat Bercinta

Tidak senang untuk idola K-Pop mahupun pelakon Korea untuk bersikap terbuka mengenai kehidupan peribadi mereka.

Jom baca perkongsian KimchiDaily tentang khabar angin percintaan antara idola K-Pop popular pada tahun ini.

Junho 2PM & Yoona SNSD

khabar angin artis korea bercinta sesama artis

Pada 3 Julai yang lalu, media Korea melaporkan bahawa Lee Jun-ho dan Yoon-a sedang bercinta, sejak sebelum penggambaran “King the Land” bermula lagi. Namun, JYP Entertainment dan SM Entertainment menyangkal khabar angin itu. Tambah agensi mereka, Lee Jun-ho dan Yoon-a berkawan baik dan hubungan mereka tidak lebih daripada itu.

Im Youngwoong & Soyou SISTAR

khabar angin artis korea bercinta sesama artis

Kecoh pada julai 2023 yang lalu, di mana ada khabar angin mengatakan penyanyi Im Young-woong bercinta dengan bekas ahli kumpulan K-Pop wanita Sistar, Soyou. Ia bermula apabila kedua artis ini dilihat bersama di sebuah restoran di Jeju. Lagi panas, pemilik kedai itu memuat naik gambar bersama kedua penyanyi tersebut dalam masa yang berasingan pada hari yang sama.

Bagaimanapun, Im Young-woong dan Soyou menjelaskan bahawa mereka pergi ke Jeju atas urusan kerja masing-masing dan terserempak di tempat yang sama. Soyou juga menambah bahawa dia dan Im Young-woong tidak menjalinkan apa-apa hubungan istimewa.

Lisa BLACKPINK & Frédéric

khabar angin artis korea bercinta sesama artis

Terbaru pada Ogos yang lalu, Lisa telah memuat naik fotonya sedang bercuti ketika di Greece. Bagaimanapun, perkara lain yang menarik perhatian adalah apabila isteri Alexandre Arnault, iaitu abang kepada Frédéric turut berkongsi gambar dari lokasi yang sama, menimbulkan khabar angin bahawa Lisa pergi bercuti dengan keluarga ‘teman lelaki’nya itu.

Namun, sehingga sekarang tiada siapa yang boleh mengesahkan khabar angin percintaan antara mereka berdua. Agensi Lisa juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang hal ini.

Joshua SEVENTEEN & model Miyoung

khabar angin artis korea bercinta sesama artis

Baru-baru ini, Joshua SEVENTEEN telah terpalit dengan khabar angin percintaan bersama seorang model, Mi-young. Netizen mula perasan bahawa kedua mereka mempunya pelbagai persamaan menerusi hantaran di Instagram, dari phone case, jaket, aksesori, beg dan banyak lagi. Bahkan, mereka berdua juga dikatakan sudah mendaftar untuk melangsungkan perkahwinan.

Walaupun begitu, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan apa-apa respon lagi mengenai dakwaan itu setakat ini.

Hoshi SEVENTEEN & Yeri RED VELVET

hoshi yeri

Seorang lagi ahli kumpulan Seventeen, Hoshi juga terpalit dengan isu percintaan bersama dengan Yeri Red Velvet. seorang pengguna di Weibo telah mendakwa bahawa Hoshi dan Yeri Red Velvet sedang bercinta. Dalam hantaran yang dimuat naik, pengguna tersebut memberitahu bahawa terdapat mesej tersembunyi yang dibuat oleh Yeri di media sosial pada hari jadi Hoshi.

Sehingga sekarang, tiada apa-apa pengumuman yang memberitahu bahawa mereka memang betul pasangan kekasih.

Kalau dorang dating pun apa salahnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...