Ikuti Kami:

Tuduhan Tidak Berasas, Ini 5 Selebriti Korea Terpalit Khabar Angin Penyalahgunaan Dadah

Tuduhan Tidak Berasas, Ini 5 Selebriti Korea Terpalit Khabar Angin Penyalahgunaan Dadah

Skandal seperti ini akan menjatuhkan reputasi seseorang artis.

Baca perkongsian KimchiDaily di bawah berkaitan dengan 5 artis Korea yang sebelum ini dikatakan mengambil dadah tetapi mereka tidak melakukan hal itu.

G-Dragon BIG BANG

artis korea dituduh mangambil dadah

Pada Oktober baru-baru ini, industri seni muzik kecoh dengan satu kes besar bahawa G-Dragon terlibat dengan penggunaan dadah. Pada 25 Oktober, Polis Incheon melaporkan bahawa G-Dragon sedang disiasat atas dakwaan menggunakan dadah, mengejutkan ramai orang. Selepas kejadian itu, rata-rata mendedahkan kelakuan pelik yang pernah dilakukan G-Dragon.

Namun, selepas siasatan ke atas dirinya dilakukan, dia didapati bebas daripada sebarang jenis dadah. Hal ini membuatkan peminat G-Dragon berasa sangat lega kerana mereka yakin idola kesayangan itu tidak melakukan benda tak bermoral.

Chaewon LE SSERAFIM

artis korea dituduh mangambil dadah

Label LE SSERAFIM telah menafikan khabar angin tentang penglibatan Kim Chae-won dalam kancah dadah. Tuduhan ini tercetus apabila dia tidak menghadiri beberapa acara besar dan ada ‘mulut jahat’ berkata Chae-won tidak hadir kerana sedang menjalani proses soal siasat bersama pihak polis akibat kes dadah.

Disebabkan itu, agensinya mengeluarkan kenyataan bahawa ketidakhadirannya adalah disebabkan oleh selesema. Insiden ini adalah sebahagian daripada trend yang agak teruk di mana, selebriti sering dikaitkan dengan kegiatan dadah padahal ianya tidak benar.

Rosé BLACKPINK 

artis korea dituduh mangambil dadah

Pada April 2023, saluran media hiburanChina telah menimbulkan syak wasangka bahawa Rosé telah mengambil dadah semasa di parti bersama kenalannya di Los Angeles. Khabar angin menyebabkan YG Entertainment bertindak balas dengan tegas berhubung dakwaan dadah terhadap Rosé. Mereka menjelaskan bahawa ini adalah tuduhan palsu dan tidak berasas.

Untuk pengetahuan, berita pengambilan dadah Rosé ini tersebar melalui satu gambar yang menunjukkan penyanyi wanita itu bersama rakan-rakan dan terdapat satu bungkusan disyaki dadah di atas meja.

Wonho

artis korea dituduh mengambil dadah padahal tidak benar sama sekali

Pernah kecoh pada tahun 2019 apabila bekas ahli Monsta X, Wonho terlibat dengan tuduhan salah guna dadah. Akibat daripada dakwaan yang berat itu, Wonho sendiri telah mengumumkan bahawa dia mengundurkan diri daripada Monsta X kerana tidak mahu menyusahkan ahli kumpulan yang lain.

Apa yang berlaku ke atas dirinya ialah kawan baiknya, Jung Da-eun menyatakan kepada umum bahawa mereka berdua bersama-sama mengambil dadah jenis ganja. Namun, selepas 5 bulan penyiasatan intensif oleh Pasukan Penyiasat Dadah Seoul, kes Wonho telah ditolak selepas polis tidak menemui bukti yang kukuh terhadapnya.

Soyeon (G)I-DLE 

artis korea dituduh mangambil dadah

So-yeon juga terlibat dengan khabar angin mengenai penggunaan dadah. Selepas dituduh melakukan perkara terkutuk, agensinya memberi kenyataan mengenai isu itu. Cube Entertainment bercakap untuk menafikan cerita itu, dengan menyatakan,

Khabar angin itu tidak berasas. Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang kuat terhadap siaran yang menyebarkan maklumat palsu.

Harap selepas ini tiada lagi tuduhan macam ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...