Ikuti Kami:

“Semua Ahli Menyukainya” – Pernah Jadi Tetamu, Pengarah ‘Running Man’ Peringati Moonbin

“Semua Ahli Menyukainya” – Pernah Jadi Tetamu, Pengarah ‘Running Man’ Peringati Moonbin

Meskipun sudah pergi namun hanya cerita baik yang mengiringi peninggalan mendiang Moonbin ASTRO.

Seperti yang semua ketahui, Moonbin disahkan meninggal dunia pada 18 April lalu namun punca kematiannya tidak didedahkan umum. Sejak itu, rata-rata rakan selebriti dan peminat yang pernah berinteraksi dengan mendiang menceritakan kebaikan ahli ASTRO itu dan menggambarkan dia sebagai ‘seorang yang sopan dan bertimbang rasa’.

Terbaru, pengarah produksi “Running Man” yang turut pernah bekerja di program muzik “Inkigayo” turut meluahkan perasaan mengenai personaliti mendiang yang layak dipuji.

moonbin running man

Sebelum ini, Moonbin pernah muncul sebagai tetamu dalam rancangan berkenaan dan siri spin-off “Outrun By Running Man” di mana dia berjaya memecahkan tembok bersama senior yang lebih tua apabila mereka menikmati alkohol bersama selain turut sempat berbincang mengenai masalah yang dihadapi.

Imbau pengarah itu,

Dia seorang yang sengat ceria. Sebab itu, semua ahli ‘Running Man’ menyukainya.

moonbin running man

Lebih menyedihkan apabila Moonbin pernah meluahkan hasrat untuk menjadi tetamu saluran YouTube ‘GYM Jongkook’ bersama ahli ASTRO yang lain memandangkan mereka semua bersenam. Namun ianya hanya tinggal kenangan kini.

Semoga Moonbin berbahagia di sana.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...