Ikuti Kami:

Pernah Luah Kesukaran Hidup Idola Di ‘Outrun By Running Man’, Kim Jongkook Peringati Moonbin ASTRO

Pernah Luah Kesukaran Hidup Idola Di ‘Outrun By Running Man’, Kim Jongkook Peringati Moonbin ASTRO

Sepertinya industri hiburan Korea Selatan masih lagi terkesan dengan pemergian tak dijangka Moonbin ASTRO.

Selain dari rakan idola lain, penyanyi Kim Jong-kook juga memberikan ucapan takziah buat mendiang selain turut menunda siaran video baru di YouTube miliknya.

Menerusi laman komuniti saluran itu, lelaki berbadan sasa itu mengumumkan perubahan jadual itu dan berkata,

Hello, ini ialah Kim Jong-kook. Dia merupakan junior yang saya nak sangat lihat di saluran ini dan saya berharap dia berehat dengan tenang.

kim jongkook moonbin

Untuk pengetahuan, Moonbin dan Kim Jong-kook mula berkenalan dengan baik apabila berjumpa di “Running Man” dan “Outrun By Running Man”. Malah mendiang pada ketika itu sempat meminta nasihat disebabkan kesukaran untuk membahagikan masa peribadi dan ketika menjadi artis,

Ada ketika saya terasa jauh dengan kehidupan ini. Imej saya ketika aktif dan ketika berehat adalah dua perkara yang sangat berbeza. Apabila ada masa terluang, saya tak tak tahu nak buat apa bagi dapat berehat dengan baik.

Balas Kim Jong-kook,

Saya tak tahu sejauh mana ia akan mengawal hidup awak tapi untuk diri sendiri, awak perlu fokus pada diri awak sahaja dan siapa awak sebagai seorang manusia. Dari sudut kemungkinan, memang sukar untuk hidup sebagai selebriti seumur hidup. Hidup awak perlu sihat supaya awak boleh lakukan banyak perkara lain. Awak perlu hidup gembira sebagai diri sendiri.

kim jongkook moonbin

Untuk pengetahuan, Moonbin ditemui tidak bernyawa di rumah pada 19 April lalu dan disahkan sudah meninggal dunia oleh agensinya beberapa jam kemudian.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...