Ikuti Kami:

Dari Pelakon Cilik ‘Boys Over Flower’ Ke Ahli ASTRO, Bakat Mendiang Moonbin Kekal Dalam Ingatan

Dari Pelakon Cilik ‘Boys Over Flower’ Ke Ahli ASTRO, Bakat Mendiang Moonbin Kekal Dalam Ingatan

Tak kisah peminat ataupun tidak, namun pemergian Moonbin ASTRO nyata meninggalkan kesan mendalam buat ramai orang hari ini.

Meskipun terhenti di usia 25 tahun namun perjalanan hidup mendiang pastinya tidak akan dilupakan oleh semua memandangkan semangat yang jitu untuk menjadi selebriti sedari kecil lagi.

Permulaan karier

Mungkin kerana dipengaruhi ibunya, Moonbin memulakan karier seninya sebagai model kanak-kanak pada tahun 2004. Dia kemudiannya muncul dalam pasaran komersial menerusi muzik video TVXQ bertajuk ‘Balloon’ di mana dia membawa watak kanak-kanak buat U-Know Yunho.

moonbin boys over flowers

Semakin sibuk, Moonbin kemudiannya membintangi drama popular “Boys Over Flowers” di mana dia merupakan versi kanak-kanak bagi watak yang dimainkan Kim Bum.

Bukan setakat berlakon, mendiang turut memulakan kehidupan sebagai pelatih idola pada gred 5 ketika masih bersekolah menengah rendah. Disebabkan bakat yang besar, Moonbin menyertai projek kumpulan lelaki iTeen di bawah syarikat Fantagio sebelum diperkenalkan dalam ‘Fantagio iTeen Photo Test Cut’.

ASTRO dan berlakon

Tidak melupakan lahiriah asal sebagai pelakon, Moonbin turut membintangi drama web “To Be Continued” bersama ahli ASTRO lain sebelum mereka debut dengan album “Spring Up” pada tahun 2016.

Dapat debut dengan jayanya, mendiang menerima pelbagai tawaran termasuklah menjadi pengacara untuk program “The Ultimate Watchlist of Latest Trends” selama dua musim selain membintangi drama “Moments Of Eighteen” pada 2019.

moonbin

Pun begitu, langit tak selalunya cerah apabila Fantagio mengumumkan Moonbin terpaksa berehat untuk seketika waktu pada November 2019 kerana isu kesihatan yang tidak didedahkan secara lanjut.

Kekal aktif

Tak lama kemudian, Moonbin kembali ke dunia seni apabila diumumkan sebagai pengacara baru “Show Champion” selain disahkan sebagai watak utama untuk drama web “The Mermaid Prince” pada April 2020.

Selepas itu, mendiang turut menyertai program “Food Avengers” selain melakukan debut unit pertama bersama ahli ASTRO iaitu Sanha. Malah debut mereka mendapat perhatian ramai apabila berjaya meraih kemenangan pertama di program muzik selepas 8 hari aktif sahaja. Bukan itu sahaja, Moonbin turut dibawa menyertai barisan panel untuk musim kedua “Saturday Night Live Korea”.

moonbin sanha

Dalam kenangan

Walaupun sedang aktif dengan konsert jelajah dunia untuk unit Moobin & Sanha kini, peminat menerima berita mengejutkan apabila lelaki itu ditemui tidak bernyawa di rumah oleh pengurusnya sendiri.

Beberapa jam kemudian, Fantagio mengesahkan berita berkenaan dan meminta peminat tidak mereka cerita spekulatif bagi menghormati kematian Moonbin yang baru berusia 25 tahun kini.

Selamat berehat Moonbin.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...