Pemergian Moonbin ASTRO nyata memberikan kesan besar buat semua peminat K-Pop kerana siapa sangak di sebalik senyuman lebar mendiang, tersorok perasaan yang tidak diketahui sesiapa.

Disebalik berita mengejutkan ini, ramai turut meluahkan kerisauan buat Moon Su-a iaitu adik lelaki itu yang aktif sebagai ahli kumpulan BILLLIE kini. Pernah muncul dalam program hiburan selain melakukan persembahan bersama, ramai berharap agar gadis itu kuat menghadapi dugaan ini.
Menurut laporan, rumah pengebumian mendiang akan dibuka pada 22 April ini di Pusat Perubatan Asan di mana Moon Su-a turut dinamakan sebagai salah seorang yang berkabung. Bukan itu sahaja, agensi BILLLIE turut mengumumkan bahawa kumpulan itu akan membatalkan kesemua jadual seni untuk seketika waktu bagi menghormati pemergian mendiang.
Mendengarkan berita ini, peminat kembali mengimbau kenangan adik-beradik ini apabila mereka dilihat meluangkan masa bersama dan memberikan semangat buat satu sama lain selepas bergelar selebriti di dalam rancangan “Hojeok Mate” tak lama dulu.
Lebih menyentuh perasaan apabila Moonbin berharap kebahagian bauat adiknya sebelum melakukan terjunan bungee,
Semoga Su-a sentiasa gembira pada tahun 2023.
Malah adiknya mengakui bahawa mendiang adalah abang terbaik kerana sentiasa mendokongnya semasa berada pada waktu yang sukar selain sentiasa menasihatinya.
Malam semalam, Moonbin ditemui meninggal dunia di rumah oleh pengurusnya sebelum disahkan sudah tiada oleh agensinya beberapa jam selepas itu.
Salam takziah..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉