Makin lama menanti, semakin banyak spekulasi dan khabar angin timbul mengenai masa depan BLACKPINK.
Menurut laporan media Korea, kesemua ahli kumpulan itu dikatakan memilih untuk menguruskan kerjaya solo mereka dengan sendirinya namun bakal meneruskan kerjasama bersama YG Entertainment untuk aktiviti kumpulan,
Nampaknya rundingan untuk kontrak BLACKPINK masih berlanjutan, tetapi disahkan bahawa dua ahli telah menyelesaikan perjanjian untuk meneruskan aktiviti kumpulan dengan YG Entertainment. Agensi itu mempunyai rancangan untuk menetapkan perjanjian dengan ahli yang lain setelah kontrak mereka ditandatangani.
Dalam laporan suku tahunan mereka, YG menyebut rundingan sedang berlangsung untuk pembaharuan kontrak eksklusif dengan BLACKPINK. Mereka dijangka akan mendedahkan hasil rundingan itu melalui pengumuman besar melibatkan kemas kini pelaburan dan pengurusan.
Walau bagaimanapun, status kontrak eksklusif untuk semua empat ahli dengan YG masih tidak dapat dipastikan. Sehingga kini, tiada ahli yang memperbaharui kontrak mereka. Lisa, seperti yang dilaporkan oleh media pada bulan Julai, mengungkapkan ketidakpastian mengenai pembaharuan kontraknya dengan YG Entertainment. Ahli yang lain juga sedang mempertimbangkan beberapa pilihan dengan syarikat lain.
Pun begitu, ada ahli yang sedang berunding lagi kontrak individu bersama agensi berkenaan. Malah ada yang menawarkan puluhan bilion won untuk mengambil mereka bernaung di bawah agensi-agensi luar.
Sama-sama kita nantikan kemas kini baru.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.