Ikuti Kami:

BLACKPINK Jana Lebih RM1.4 Bilion Menerusi Konsert Jelajah ‘BORN PINK’

BLACKPINK Jana Lebih RM1.4 Bilion Menerusi Konsert Jelajah ‘BORN PINK’

Wow banyaknya!

BLACKPINK yang juga merupakan salah satu kumpulan K-Pop wanita yang terkenal sekali lagi berjaya meraih perhatian dunia selepas menjana lebih RM1.4 bilion menerusi konsert jelajah dunia mereka.

Kumpulan itu baru sahaja menghabiskan konsert jelajah dunia mereka iaitu “BORN PINK” dari Oktober 2022 hingga September 2023. Di mana, jelajah dunia itu terdiri daripada 66 persembahan di 34 bandar di 22 negara di seluruh dunia termasuk Seoul, Amerika Syarikat, Mexico dan Australia.

Menurut media Amerika, konsert jelajah “BORN PINK” telah memperoleh kira-kira RM1.2 bilion dengan hanya 56 daripada 66 persembahan. Malah, anggaran 1.5 juta penonton telah menghadiri ke semua 56 persembahan dan mereka telah menjana purata kira-kira RM21.6 juta di setiap konsert.

blackpink concert

Walaupun keuntungan daripada 10 lagi baki persembahan belum dianggarkan, BLACKPINK telah berjaya mencatat rekod sebagai konsert jelajah yang mempunyai kutipan tertinggi dalam sejarah penyanyi Asia sekali gus menjadi konsert jelajah paling berjaya dalam kalangan kumpulan wanita di seluruh dunia.
Malah, hasil daripada jelajah “BORN PINK” yang dikeluarkan baru-baru ini lebih tinggi daripada jumlah yang dianggarkan pada awalnya. Disebabkan mendapat sambutan yang tidak terhingga, konsert encore telah ditambah dan ianya dijangka mencatat keuntungan yang lebih tinggi.
blackpink encore
Tahniah buat BLACKPINK dan juga BLINK!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...