Ikuti Kami:

“Sempurna..” – Plot ‘Ringan’ & Menarik, Ini Reaksi Penonton Lihat Lakonan Yoona Dalam ‘King The Land’

“Sempurna..” – Plot ‘Ringan’ & Menarik, Ini Reaksi Penonton Lihat Lakonan Yoona Dalam ‘King The Land’

Bukan sahaja seorang penyanyi dan idola berbakat malahan, Yoon-A turut dikenali dengan lakonannya yang sentiasa memberi impak.

Begitu juga dengan lakonannya dalam drama yang sedang ditayangkan kini iaitu “King the Land” bergandingan dengan Lee Jun-ho.

Bagi yang belum tahu, “King the Land” membawa kisah seorang pewaris kaya Gu-won serta staf hotel Cheon Sa-rang yang bertemu di hotel milik keluarga lelaki itu dan melalui kesusahan bersama sebelum jatuh cinta dengan satu sama lain.

Selain plot drama yang menarik dan ‘ringan’, lakonan Yoon-A sebagai Cheon Sa-rang dalam drama ini turut mendapat perhatian kerana dia berjaya menghidupkan wataknya dengan jayanya.

jtbc king the land

Menerusi laman komuniti dalam talian, penonton rata-rata memuji persembahan pelakon wanita itu yang kelihatan amat natural. Antara komen yang ditulis,

Dia memang benar-benar adalah Cheon Sa-rang.

 

Yoon-A sangat cantik dan sangat pandai berlakon juga.

 

Dia memang pelakon yang sempurna untuk watak Sa-rang.

 

Yoon-A akhirnya telah menjumpai watak yang amat sesuai dengannya.

Comel sangat Yoon-A dalam drama ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...