Ikuti Kami:

‘King The Land’ Baru Tayang 4 Episod, Lee Junho & Yoona Pelakon K-Drama Paling Popular Kini

‘King The Land’ Baru Tayang 4 Episod, Lee Junho & Yoona Pelakon K-Drama Paling Popular Kini

Pada bulan Jun ini, ada banyak K-Drama menarik yang sedang ditayangkan kan?

Terbaru, Good Data Corporation telah mengumumkan senarai drama yang paling banyak menjadi bualan pada minggu ketiga Jun, menerusi data yang dikumpul daripada artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video dan media sosial.

Untuk pengetahuan, “Dr. Romantic 3” telah mendahului senarai drama paling popular pada bulan Jun ini, diikuti dengan “King the Land” yang baru sahaja memulakan tayangan pada minggu lalu.

Selain itu, pelakon drama paling trending telah didominasi oleh teraju utama “King the Land” iaitu Lee Jun-ho di tempat pertama dan Yoon-A di tempat kedua. Kemudian, Chun Woo-hee dan Kim Dong-wook dari drama “Delightfully Deceitful” masing-masing mengikuti di tempat ketiga dan keempat.

popular k-drama june

Berikut adalah Top 10 K-Drama paling popular pada minggu ketiga Jun:

  1. SBS “Dr. Romantic 3”
  2. JTBC “King the Land”
  3. tvN “See You in My 19th Life”
  4. KBS2 “My Perfect Stranger”
  5. tvN “Delightfully Deceitful”
  6. ENA “Battle for Happiness”
  7. KBS2 “The Real Has Come!”
  8. KBS2 “Woman in a Veil”
  9. SBS “Revenant”
  10. Channel A “Queen of Masks”

popular k-drama actors

Sementara itu, Top 10 pelakon K-Drama popular adalah seperti berikut:

  1. Lee Jun-ho (“King the Land”)
  2. Yoon-A (“King the Land”)
  3. Chun Woo-hee (“Delightfully Deceitful”)
  4. Kim Dong-wook (“Delightfully Deceitful”)
  5. Ahn Hyo-seop (“Dr. Romantic 3”)
  6. Yoo Yeon-seok (“Dr. Romantic 3”)
  7. Shin Hye-sun (“See You in My 19th Life”)
  8. Ahn Bo-hyun (“See You in My 19th Life”)
  9. Han Suk-kyu (“Dr. Romantic 3”)
  10. Kim Dong-wook (“My Perfect Stranger”)

Tahniah semua!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...