Ikuti Kami:

“Sempat Promote” – Peminat Terhibur Drama ‘Lelaki Itu’ Papar Album K-Pop Dalam Babak Hannah Delisha

“Sempat Promote” – Peminat Terhibur Drama ‘Lelaki Itu’ Papar Album K-Pop Dalam Babak Hannah Delisha

Selain K-Drama, drama “Lelaki Itu” turut menjadi bualan penonton di Malaysia sekarang.

Untuk pengetahuan, “Lelaki Itu” adalah drama yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Aedy Ashraf, Hannah Delisha dan ramai lagi.

Naskhah ini menceritakan tentang kehidupan keluarga Syed Mirza, di mana dia gagal menjadi pemimpin dalam rumah tangganya sendiri dan hanya memperlihatkan kelebihannya sebagai ‘lelaki’ ketika berada di luar rumah.

Meskipun fokus menonton drama ini dengan plotnya yang menarik, peminat K-Pop nampaknya tidak dapat mengelak dari perasan album kumpulan TXT yang diselitkan dalam satu adegan.

Khususnya, ia adalah babak di mana Hannah Delisha dengan wataknya sebagai Batrisya sedang melihat dirinya di cermin dan ada album TXT “The Dream Chapter: Eternity” yang terletak di atas meja.

Menerusi laman X, seorang individu mendedahkan bahawa penggambaran adegan itu dilakukan di dalam bilik kakaknya dan menulis,

Korang, ini bilik kakak saya dan album itu miliknya 💀💀💀💀 kenapa ini sangat kelakar.

Batrisya minat K-Pop juga rupanya 🤣

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...