Ikuti Kami:

“Dah Macam Orang Sana” – Sertai Program Survival ‘I-Land 2’, Ramai Puji Peserta Malaysia Ini Fasih Berbahasa Korea

“Dah Macam Orang Sana” – Sertai Program Survival ‘I-Land 2’, Ramai Puji Peserta Malaysia Ini Fasih Berbahasa Korea

Selepas Alyssa, seorang lagi peserta wanita dari Malaysia akan menyertai program survival di Korea!

Baru-baru ini, Mnet telah mengumumkan barisan peserta untuk program “I-LAND 2”, termasuklah LINGLING atau nama sebenarnya Alicia Wong Ling, satu-satunya wakil dari Asia Tenggara.

Untuk pengetahuan, LINGLING adalah peserta berbangsa Cina dari Malaysia, yang dilahirkan pada 20 April 2005.

Menerusi video yang dikongsi Mnet di laman TikTok, netizen rata-rata kagum mendengar wanita itu fasih berbahasa Korea, meraih pujian ramai. Antara komen yang ditulis,

Wahh LINGLING bagusnya dia cakap Korea!

Malaysia bolehhhh.

Fighting LINGLING!

Saya tak akan berhenti mengundi awak!

Nampak macam orang asli Korea la, lancar sangat. Fighting LINGLING, kami akan sokong awak 👏

Sementara itu, “I-LAND 2” akan mula bersiaran pada 18 April ini. Jangan lupa undi LINGLING tau korang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...