Selepas Alyssa, akan ada seorang lagi peserta wanita dari Malaysia yang akan menyertai program survival di Korea!
Terbaru, Mnet telah melancarkan nama peserta-peserta yang akan sertai musim kedua rancangan survival realiti “I-LAND”.
Sebelum ini untuk musim pertama, program tersebut telah menubuhkan kumpulan ENHYPEN yang terdiri daripada 7 ahli dan berjaya meraih populariti global kini.
Menarik perhatian, “I-LAND 2” akan disertai oleh LINGLING iaitu peserta dari Malaysia, yang berusia 18 tahun.
Menerusi profilnya di laman Mnet, LINGLING berazam,
Saya akan bekerja keras untuk menjadi idola wanita pertama dari Malaysia.
Sementara itu, program ini akan mula bersiaran pada 18 April ini. Fighting LINGLING!