“Semoga Jumpa ‘Magic’ Kat Mamak” – Peminat Puas Hati Dengan Konsert Jackson Wang Di KL
- oleh Athirah Azmi
- 3 tahuns lalu
Tahun ini je, dah berapa kali Jackson Wang datang ke Malaysia kan?
Mesti semua dah tahu bahawa semalam Jackson Wang mengadakan konsert “MAGIC MAN World Tour In KL” yang bertempat di Axiata Arena.
Cukup meriah, cukup luar biasa dan cukup padat ya apabila konsert Jackson dibanjiri oleh ribuan peminat dari Malaysia sendiri. Walaupun, Jackson sudah hadir ke Malaysia sebelum ini bagi “Good Vibes Weekender”, namun sambutan yang diterimanya semalam sangat mengagumkan!
#JacksonWanginKL #JacksonWangWorldTour #MAGICMANWorldTour #MAGICMAN #JACKSONWANG@JacksonWang852#MAGICMANWorldTourinKL pic.twitter.com/sRShsAFOaN
— Teamwang Malaysia (@teamwangMY) December 17, 2022
https://twitter.com/magicmanfiles/status/1604088034365825024
Rata-rata dalam kalangan peminat amat berpuas hati dengan persembahan yang diberikan malah ada yang sempat melepaskan rindu kerana tidak berkesempatan melihat dia membuat persembahan dia acara sebelum ini.
“Ini kali kedua saya tengok Jackson Wang dan saya rasa sangat bangga!”
“Terima kasih kerana membawa ‘magic’ untuk kami!”
“Harap awak jumpa ‘magic’ awak sendiri di kedai mamak!”
“Dah rasa macam artis dari negara sendiri!”
https://twitter.com/seoullysg/status/1604108479698202624?s=52&t=ReeHqLEDDf7c6VKVL5VMTg
Ada dalam kalangan peminat juga yang meluahkan rasa bangga kerana mereka melihat perjalanan karier Jackson Wang dan sehingga kini, dia berjaya menempah nama besar dalam industri dan mempunyai kumpulan peminat seramai ini dari serata dunia.
Last Song of the night !
Thank you Jackson for bringing his magic to Malaysia ❤️#JACKSONWANG #MAGICMAN #MAGICMANWorldTour #JacksonWanginKL #MAGICMANinKL pic.twitter.com/SxQ993Qmfb
— SeoullySG (@SeoullySG) December 17, 2022
Tahniah Jackson Wang atas kejayaan konsert semalam!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




