Ikuti Kami:

“Semoga Bankrap” – Hantaran Terbaru Jennie BP Di Instagram Buat Peminat Bengang Pada YG, Dah Kenapa?

“Semoga Bankrap” – Hantaran Terbaru Jennie BP Di Instagram Buat Peminat Bengang Pada YG, Dah Kenapa?

Selepas membuka agensi sendiri, Jennie BLACKPINK nampaknya semakin aktif sebagai artis solo.

Terbaru pada 8 Mac, Jennie telah melancarkan lagu solo barunya berjudul “Slow Motion”, berkolaborasi dengan rapper Amerika, Matt Champion.

Selepas lagu itu dikeluarkan, Jennie juga telah memuat naik foto baru di Instagram dengan kapsyen yang ditulis,

Tidak percaya lagu indah ini akhirnya keluar 🌒
Lagu ini dekat di hati saya dan saya sangat teruja untuk berkongsi mesejnya dengan anda semua. Matt dan saya mengerjakan lagu ini 3 tahun yang lalu dan saya harap anda semua menikmatinya sambil kami berkongsi sebahagian daripada diri kami sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by J (@jennierubyjane)

Meskipun bangga dengan pencapaian Jennie, kenyataan idola itu telah membuatkan peminat marah terhadap YG Entertainment.

Hal ini kerana, lagu “Slow Motion” didedahkan sudah pun siap pada 3 tahun lalu tetapi dia hanya boleh melancarkannya selepas membuka agensinya sendiri.

Dengan ini, ia semakin menguatkan lagi dakwaan bahawa YG Entertainment banyak menyekat aktiviti solo ahli kumpulan itu.

Fuhh lama betul terperap lagu ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...