Nampaknya, peminat kena tunggu makin lama la untuk kemunculan semula BLACKPINK..
Terbaru, YG Entertainment telah mengeluarkan kenyataan kepada pihak media, memberi kemas kini mengenai aktiviti kumpulan BLACKPINK pada masa akan datang. Jelas agensi,
Kemungkinan peminat tidak akan dapat melihat ahli BLACKPINK secara keseluruhan dalam tahun ini. Mereka baru sahaja menyelesaikan semua jadual rasmi sebagai satu kumpulan jadi, kami faham bahawa mereka mempunyai keinginan besar untuk mengambil cabaran baru.
Sambung agensi lagi,
Namun, ahli sedar bahawa peminat mempunyai jangkaan untuk BLACKPINK membuat comeback sebagai pasukan penuh. Kami akan memastikan bahawa perbincangan mengenai perkara ini akan dijalankan secara berkala.
Selepas mendengar kenyataan itu, peminat semakin bimbang dan sedih mengenai masa depan BLACKPINK sebagai satu kumpulan tambahan pula, ahli seperti Jennie dan Lisa telah pun membuka agensi mereka sendiri kini.
Hmm..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.