Ikuti Kami:

“Semoga Bahagia Di Syurga” – Raih Anugerah Daesang, Lee Jehoon Titip Ucapan Buat Mendiang Lee Sunkyun

“Semoga Bahagia Di Syurga” – Raih Anugerah Daesang, Lee Jehoon Titip Ucapan Buat Mendiang Lee Sunkyun

Nampaknya, industri hiburan Korea telah hilang seorang lagi artis berbakat dengan pemergian Lee Sun-kyun.

Pada 29 Disember, majlis anugerah ‘SBS Drama Awards 2023’ telah berlangsung dan dihadiri ramai pelakon popular seperti Lee Sun-kyung, Kim Tae-ri, Ahn Hyo-seop, Lee Je-hoon, Lee Se-young dan ramai lagi.

Khususnya, Lee Je-hoon telah berjaya membawa pulang Anugerah Utama (Daesang) untuk wataknya dalam “Taxi Driver 2”. Ketika menerima anugerah tersebut, pelakon lelaki itu turut tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan ucapan buat mendiang Lee Sun-kyun.

Luah Lee Je-hoon,

Hari ini adalah hari yang sangat menyakitkan, walaupun secara peribadi saya tidak pernah bertemu dengannya dalam mana-mana projek, tetapi selepas melihat laluan yang dia lalui, saya bermimpi untuk menjadi seorang pelakon.

Sambungnya lagi,

Saya mahu pergi ke laluan yang dia ambil dan ikuti dia sebagai teladan. Saya ingin mendedikasikan anugerah ini untuknya. Terima kasih atas kerja keras anda, saya benar-benar berharap anda akan mendapat keselesaan dan bahagia di syurga.

Sementara itu, ramai pelakon lain seperti Kim Nam-gil, Kim Tae-ri, Park Sung-woong dan ramai lagi turut memperingati mendiang dalam ucapan mereka di acara tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...