Pemergian pelakon hebat Lee Sun-kyun masih membuatkan ramai orang sedih sehingga hari ini.
Pada 29 Disember, upacara pemergian Lee Sun-kyung, 48 tahun, telah diadakan secara tertutup di Dewan Pengebumian Hospital Universiti Nasional di Seoul, dihadiri hanya keluarga dan rakan rapat.
Selain itu, prosedur pembakaran mayat akan berlangsung di Dewan Pengebumian Yeonhwajang di Suwon-si dan jenazah akan disemadikan di Samsung Elysium, Gwangju, Gyeonggi.
Menerusi laporan media, isterinya iaitu Jeon Hye-jin bersama 2 orang anaknya setia bersama mendiang hingga perjalananan terakhirnya di dunia.
Sebelum ini, rakan rapatnya termasuk Jung Woo-sung, Lee Jung-jae, Jeon Do-yeon, Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Lee Sung-min dan ramai lagi turut berkabung dan mengucapkan selamat tinggal di tempat pengebumiannya.
Sedihnya..