Berita mengenai kematian pelakon Lee Sun-kyun pastinya telah mengejutkan ramai orang.
Pada 27 Disember, dilaporkan bahawa Jeon Hye-jin yang merupakan isteri kepada Lee Sun-kyun, telah menghubungi polis untuk melaporkan kehilangan suaminya.
Menurut laporan, wanita itu telah menghubungi polis pada 10:12 pagi untuk melaporkan bahawa suaminya telah meninggalkan rumah mereka serta sepucuk surat yang menyerupai wasiat.
Kemudian pada 10:30 pagi, polis menemui Lee Sun-kyun dalam keadaan rebah di dalam keretanya.
Untuk pengetahuan, Lee Sun-kyun dan Jeon Hye-jin berkahwin pada 2009 dan mereka mempunyai dua orang anak kini.
Salam takziah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.