Ikuti Kami:

Sembang Seluar Dalam & Kitaran Haid, Penonton Rimas Program Hiburan Korea Kian Melampaui Batas

Sembang Seluar Dalam & Kitaran Haid, Penonton Rimas Program Hiburan Korea Kian Melampaui Batas

Sepertinya ramai yang meluahkan bahawa rancangan hiburan Korea kini banyak meluahkan isu yang tak sepatutnya.

Bahkan ahli wanita dengan senang bersembang mengenai haid, berlaga dada dan warna seluar dalam dengan alasan ‘mereka rapat sebagai keluarga’.

Dalam episod “Running Man” yang lalu, Song Ji-hyo telah menanyakan warna seluar dalamnya dalam segmen ‘TMI” di mana Kim Jong-kook menjawab dengan betul dan mukanya berubah merah. Sebelum itu, Yoo Jae-suk ada menyebut mengenai bagaimana mereka mahu meneka perkara seperti itu.

kim jongkook song jihyo

Seperti yang diketahui, kod humor “Running Man” ialah untuk memadankan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo. Meskipun mereka sering bergurau senda seperti itu, namun ada perkara yang tidak boleh dianggap sebagai jenaka. Ianya menjadi masalah kerana tingkah laku ini di anggap sebagai normal dalam rancangan hiburan hujung minggu yang ditonton oleh seluruh keluarga dari muda ke tua.

Tambahan pula, “Running Man” mempunyai penonton daripada generasi muda terutamanya pelajar sekolah rendah. Jikalau mereka menannyakan perkara seperti itu dengan rakan sekelas, ia akan dianggap sebagai pelanggaran hak peribadi dan memberikan persepsi palsu dalam realiti sebenar.

Antara program lain yang melebihi garisan ini ialah “The Sixth Sense 3” apabila Lee Mi-joo dan Jessi sering melakukan perkara yang memalukan Yoo Jae-suk. Malah Lee Mi-joo juga tidak kisah bersembang dengan lelaki yang sudah berkeluarga itu mengenai kitaran haidnya.

yoo jaesuk the sixth sense 3

Kata penonton,

Apa akan terjadi kalau ahli lelaki berkelakuan seperti itu terhadap ahli wanita?

Meskipun perbuatan seperti itu mungkin sesuai di antara sahabat baik, namun penonton yang menonton bukanlah rakan mereka. Hal ini menyebabkan mereka supaya melihat kandungan yang dipaparkan dari sudut penonton yang terdiri daripada golongan muda dan tua.

Pandangan korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...