Ikuti Kami:

“Awak Tinggal Sekali Ke?” – Kim Jongkook Tahu Song Jihyo Luar & Dalam, Ramai Syak Mereka Bercinta?

“Awak Tinggal Sekali Ke?” – Kim Jongkook Tahu Song Jihyo Luar & Dalam, Ramai Syak Mereka Bercinta?

Makin kencang khabar angin mengenai hubungan antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo!

Dalam episod terbaru “Running Man”, ahli lelakinya telah menjawab kuiz TMI (Too Much Information) mengenai Song Ji-hyo. Apabila soalan tentang warna seluar dalam yang sedang dipakainya, Kim Jong-kook berbisik perlahan jawapan ‘hitam’.

Tanya Yoo Jae-suk,

Mana awak tahu?

yoo jaesuk

Kim Jong-kook tersipu malu dan cuba mengelak,

Kalau tak putih, mesti hitam punya.

Usik Haha,

Siapa yang berada dengan Song Ji-hyo semalam?

kim jongkook song jihyo

Bukan itu sahaja, Kim Jong-kook turut berjaya meneka berat haiwan peliharaan wanita itu.

Rasanya 30kg.

Tak cukup dengan ahli lain, malah Song Ji-hyo sendiri berasa terkejut mendengar tekaan lelaki berbadan sasa itu yang tepat.

Kata Ji Suk-jin,

Awak tinggal bersama kan? Macam tinggal sekali sahaja.

kim jongkook song jihyo

Haha pula mencelah,

Awak tak kan tahu info ini melainkan tinggal bersama ataupun pergi ke klinik haiwan sekali?

Jawab Kim Jong-kook,

Saya boleh tahu berat daripada saiznya.

Melihatkan keserasian mereka di dalam episod ini, ramai yang menebak bahawa Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo sangat sepadan bersama.

Korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...