Baru-baru ini, gosip cinta antara Yoon Eun-hye dan Kim Jong-kook kembali hangat diperkatakan.

Ianya berikutan video yang dimuat naik di laman YouTube miliknya sebelum ini berkenaan sebuah kisah bekas teman lelakinya yang seakan sama dengan cerita yang pernah disampaikan Kim Jong-kook sebelum ini.
Respon agensi Yoon Eun-hye mengenai isu ini,
Khabar angin mengenai Yoon Eun-hye pernah bercinta dengan Kim Jong-kook adalah tidak benar sama sekali.
Gosip itu semakin hangat diperkatakan apabila video Yoon Eun-hye itu dipadam sejurus ia dimuat naik. Jelas agensinya,
Terdapat kesalahan semasa suntingan dan kenyataan itu dibuat dek kesilapan suntingan YouTube. Sebagai hasilnya, video itu dipadam dan ianya bukan dibuang kerana khabar angin itu.
Hanya khabar angin, jangan salah faham!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.