Utama Gossip “Confirm Mereka Dating” – Netizen Jumpa Bukti Kim Jongkook & Yoon Eunhye...

“Confirm Mereka Dating” – Netizen Jumpa Bukti Kim Jongkook & Yoon Eunhye Pernah Bercinta?

kim jongkook yoon eunhye

Umum mengetahui bahawa Kim Jong-kook dan Yoon Eun-hye merupakan antara ‘pasangan’ yang sering mendapat sokongan ramai kerana hubungan rapat mereka dalam “X Men” dahulu.

Terbaru, netizen China mengumpulkan bukti dan mendedahkan bahawa kedua mereka mungkin pernah bercinta sebelum ini.

Menurut mereka, Kim Jong-kook pernah mendedahkan sebelum ini bahawa bekas kekasihnya pernah memberikan buku nota yang dipenuhi catatan mesej harian daripadanya.

kim jongkook yoon eunhye

Manakala Yoo Eun-hye mendedahkan dalam sebuah program YouTube baru-baru ini bahawa dia pernah menghadiahkan bekas kekasihnya satu buku nota yang dipenuhi mesej mereka. Meskipun video itu telah dipadam namun peminat nyata meragui hubungan sebenar di antara mereka.

Respon wanita itu mengenai video yang dipadam,

Video itu terpaksa dipadam kerana terdapat masalah pada fail selepas ia dimuat naik.

kim jongkook yoon eunhye

Adakah benar mereka pernah bercinta?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBERMoney Today
Loading...