Ikuti Kami:

“Saya Mahu Lihat Kim Jongkook & Yoon Eunhye Bersama” – Yoo Jaesuk

“Saya Mahu Lihat Kim Jongkook & Yoon Eunhye Bersama” – Yoo Jaesuk

Yoo Jae-suk nampaknya dalam usaha untuk memastikan Kim Jong-kook dan Yoon Eun-hye bertemu suatu hari nanti.

Terbaru, dalam rancangan “Play YOU”, Yoo Jae-suk telah menjalani misi untuk mencari pokok bertuah dengan rakannya.

Semasa misi itu, lelaki tersebut telah menulis permintaannya iaitu ‘saya berharap agar semua orang di sekeliling saya akan selamat, pandemik ini tamat, menjadi muda dan kaya serta berubah kepada kerja biasa’.

Sangatlah sempurna kalau ini terjadi.

Netizen yang turut sama menyertai siaran langsung itu memintanya menulis,

Semoga Kim Jong-kook dan Yoon Eun-hye bertemu.

Jawab Yoo Jae-suk,

Saya akan realisasikannya macam mana pun. Susahnya tapi saya akan mencuba.

yoo jaesuk playou

Tambahnya lagi,

Bukan kah saya memang seperti itu di dalam ‘Running Man’? Saya akan pastikan ia berlaku. Hanya saya yang mampu merealisasikannya di dalam Korea. Saya merisikokan nyawa sendiri kerana Jong-kook mungkin akan memukul saya. Jong-kook dan Eun-hye akan bertemu. Saya tak mahu mereka bercinta, saya hanya mahu melihat mereka bersama. Boleh kan mereka berjumpa? Adakah hanya saya yang mahukan itu?

Adakah impian Yoo Jae-suk bakal jadi kenyataan? Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...