Ikuti Kami:

“Sembang Kencang” – Skandal Cinta Beri Impak Negatif, Netizen Senaraikan Penipuan Ryu Junyeol

“Sembang Kencang” – Skandal Cinta Beri Impak Negatif, Netizen Senaraikan Penipuan Ryu Junyeol

Seorang netizen di laman komuniti Korea mengenai pelbagai penipuan Ryu Jun-yeol untuk mencipta imej baik.

Pertama sekali, Ryu Jun-yeol dikenali sebagai duta promosi untuk pertubuhan alam sekitar Greenpeace dan dia juga menyertai kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang menyelamatkan beruang kutub. Selain itu, pelakon tersebut memuat naik gambar-gambar yang menggalakkan orang untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Walau bagaimanapun, lelaki ini yang beria mempromosikan kewajipan menjaga alam sekitar sebenarnya ‘gila’ bermain golf di mana ia bercanggah dengan kepercayaannya kerana sukan itu telah pun diwartakan sebagai antara salah satu penyebab kepada kerosakan alam sekitar. Selain itu, Ryu Jun-yeol juga menggunakan sarung telefon yang diperbuat daripada plastik dan baru-baru ini menghadiri satu acara dengan membawa beg yang diperbuat daripada kulit anak lembu berusia 6 bulan.

ryu junyeol golf

Selepas itu, Ryu Jun-yeol pernah menyatakan bahawa dia memberi keutamaan kepada impian dan kerjaya lakonan lantas cuba untuk tidak berimpian untuk menjadi kaya. Dia juga bertegas tidak mempunyai minat dalam pelaburan hartanah. Pun begitu, pelakon tersebut didedahkan mendapat keuntungan besar sebanyak 40 billion won (RM141 juta) dengan menggunakan 90% modal dari pinjaman bank.

Selain itu, Ryu Jun-yeol juga acap kali bahawa dia suka membaca buku tak kira masa. Namun, apabila ditanya sama ada dia memahami pepatah Herman Hesse, pelakon itu menjawab bahawa dia tidak mengenali siapakah novelis tersebut. Bahkan, Ryu Jun-yeol gagal menjawab buku apa yang baru dibacanya dan hanya mencadangkan semua menonton saluran pendidikan daripada membaca buku.

ryu junyeol

Rata-rata peminat mengeluarkan komen kesat dan meminta lelaki tersebut supaya tidak mencipta imej palsu hanya untuk kelihatan baik di mata semua.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...