Ikuti Kami:

“Muka Tembok” – Isu Main Kayu Tiga, Reaksi Berbeza Han Sohee & Ryu Junyeol Di Khalayak Umum Tular

“Muka Tembok” – Isu Main Kayu Tiga, Reaksi Berbeza Han Sohee & Ryu Junyeol Di Khalayak Umum Tular

Selepas kontroversi kononnya menjalin cinta sejurus selepas berpisah dengan Hyeri, perhatian penuh nyata mengikuti ke mana-mana sahaja Ryu Jun-yeol dan kekasih barunya, Han So-hee pergi.

Terbaru, Ryu Jun-yeol yang menghadiri acara untuk jenama fesyen yang diadakan di Seoul kelmarin, berpura-pura tidak mendengar jurugambar yang meminta ‘finger heart’ dan hanya melambai tangannya.

Meskipun selebriti lain melayan wartawan dan hadirin di situ dengan ceria dan memberikan pelbagai posing menarik, Ryu Jun-yeol dengan kaku melambai tangan dan meninggalkan pentas dengan senyum pahit seolah-olah dia merasakan permintaan wartawan untuk melakukan posing yang lebih ceria itu tidak sesuai.

ryu junyeol

Reaksi lelaki ini di khalayak umum nyata berlainan dengan Han So-hee yang dilihat tersenyum manis dan tunduk menyapa wartawan yang menantinya di lapangan terbang selepas pulang dari Hawaii. Malah kejadian ini berlaku sejurus kontroversi mengenai hubungan cinta bersama Ryu Jun-yeol ‘meletup’ dan menjadi bualan serata internet.

Bagi yang tidak mengetahui, kisah cinta Ryu Jun-yeol dan Han So-hee terbongkar apabila ada yang terserempak dengan mereka bercengkerama di Hawaii. Walaupun menafikan hal berkenaan, namun mereka mengakui dakwaan itu dan mengatakan bahawa keduanya memulakan hubungan tersebut sejak awal tahun lalu selepas mula berkenalan pada November 2023.

han sohee

Pun begitu, terdapat kritikan yang membanjiri pengakuan keduanya apabila garis masa antara perpisahan Ryu Jun-yeol dan bekas kekasih, Hyeri agak meragukan memandangkan mereka memutuskan hubungan pada November 2023. Lantas ramai menebak terlalu pantas untuk lelaki itu memulakan hubungan baru.

Entahlah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...