“Seluruh Dunia Sukakan Junho?” – Populariti Kang Taeoh Menaik Dek ‘Extraordinary Attorney Woo’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Berkat kepopularitian “Extraordinary Attorney Woo”, nama Kang Tae-oh juga kian meniti di bibir peminat K-Drama kini.
Terbaru, lelaki itu memuat naik gambar di Instagram bagi meraikan penggambaran terakhir “Extraordinary Attorney Woo” dengan memegang sejambak bunga.
Terbukti popular kerana melakonkan watak Lee Jun-ho iaitu seorang peguam yang sentiasa berada bersama Woo Young-woo ketika susah dan senang, ada personaliti popular yang meluahkan perasaan cinta buatnya di ruangan komen.
Tulis Netflix Korea,
Seluruh dunia menyukai Lee Jun-ho? Benar, ianya satu fakta.
Komen netizen pula,
Dia sangat handsome.
Sepertinya dia suami Woo Young-woo pada masa hadapan.
Terima kasih kerana bekerja keras sebagai Jun-ho selama 8 bulan dari musim sejuk ke musim bunga dan panas.
Saya akan menjadi peminat Kang Tae-oh seumur hidup.
Korang pun dah jatuh cinta kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




