Bukan senang nak jadi artis, pastinya akan ada tentangan dan kritikan yang dilemparkan peminat buat mereka.
Seperti Lisa yang secara tiba-tiba menjadi bualan peminat yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas melihat pakaian yang digayakan semasa konsert New Jersey.
Berlangsung di MetLife Stadium, walaupun ramai yang terpukau melihat persembahan ahli BLACKPINK itu namun ada suara sumbang yang mengeluh melihat kostum yang terlalu terdedah dipakainya.
LISA MONEY “EVERYONE SILENCE” AT METLIFE pic.twitter.com/lWYBAMrPfV
— (@personablink) August 12, 2023
Menurut peminat, jurugaya idola itu sepertinya melakukan sedikit perubahan yang agak keterlaluan berbanding pakaian asal kostum berkenaan hingga ia kelihatan terlalu pendek dan menampakkan bahagian punggungnya.
Sebelum ini juga, peminat pernah menyelar jurugaya BLACKPINK kerana memberikan kostum yang mungkin menyebabkan orang lain salah faham mengenai imej sebenar kumpulan itu.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.