Ikuti Kami:

Bebas Keluar Dating Dengan CEO Kaya, Lisa BLACKPINK Sah Tak Perbaharui Kontrak?

Bebas Keluar Dating Dengan CEO Kaya, Lisa BLACKPINK Sah Tak Perbaharui Kontrak?

Sekali lagi isu mengenai kontrak eksklusif BLACKPINK yang bakal tamat pada bulan ini menjadi bualan peminat.

Walaupun YG Entertainment mengesahkan bahawa mereka akan memberikan pengumuman rasmi pada September nanti, masih ramai lagi yang membuat spekulasi sendiri.

Terbaru, ramai menebak Lisa mungkin tidak akan menyambung kontrak bersama agensi gergasi berkenaan kerana khabar angin percintaannya melibatkan anak CEO Tag Heuer, Frederic Arnault.

Ditangkap menghabiskan masa di Greece baru-baru ini selain turut dilihat duduk bersama di lounge menunggu bagi penerbangan peribadi, ada yang meneka bahawa gadis kelahiran Thailand itu mungkin tidak akan meneruskan hubungan bersama YG Entertainment lagi.

blackpink

Kata mereka menerusi satu entri yang tular di laman komuniti,

Kontraknya kini sudah berantakan, sebab itu Lisa bebas sekarang.

 

Sebab itu agaknya dia tak memperbaharui kontrak, dah lah tiada kemas kini terbaru.

 

Eh Lisa tak perbaharui kontrak? Bukan Jisoo ada cakap mereka semua sambung ke?

 

Apa kaitan ini dengan kontrak..

Entah lah.. yang penting Lisa bahagia..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...