Ikuti Kami:

Selongkar Topik Seksual, Netizen Korea Kritik ‘Risqué Business’ Cuba Papar Sisi Baik Pelakon AV Jepun

Selongkar Topik Seksual, Netizen Korea Kritik ‘Risqué Business’ Cuba Papar Sisi Baik Pelakon AV Jepun

Nampaknya Netflix Korea semakin berani menampilkan program yang melangkaui norma masyarakat.

Untuk pengetahun, platform itu telah melancarkan sebuah rancangan hiburan mengenai video dewasa (AV) iaitu “Risqué Business: Japan” meskipun pengagihan video seperti itu adalah tidak dibenarkan di Korea termasuklah isu eksploitasi pelakon AV yang sedang berleluasa kini.

Dihoskan oleh Shin Dong-yeop dan penyanyi Sung Si-kyung, program ini menelusuri industri seks di Jepun menerusi temubual bersama pelakon yang terlibat selain melawat pelbagai kedai ‘dewasa’ di negara matahari terbit itu. Dalam siri 6 episod tersebut, hos berkenaan turut mencuba bilik VR dewasa dan menemubual staf yang bekerja di sana untuk belajar dengan mendalam mengenai barangan yang dijual.

netflix risque business jepun

Sejujurnya konsep itu bukanlah sesuatu yang asing kerana JTBC turut pernah mengetengahkan program yang lebih kurang sama iaitu “Witch Hunt” di mana mereka turut berbincang mengenai topik hubungan dan seks secara terbuka dan ia diterima baik oleh orang awam.

Masalah timbul apabila “Risqué Business: Japan” dipaparkan secara positif seperti pelakon AV berkongsi bahawa mereka boleh membeli pelbagai jenama mewah selain memberitahu bahawa bayarn diterima setanding harga sebuah kereta Porsche.

Bukan itu sahaja, netizen hairan bagaimana topik AV boleh diangkat sebagai tema program itu meskipun pengagihan kandungan dewasa adalah tidak dibenarkan di Korea. Pun begitu, program itu membincangkan industri AV sebagai sesuatu yang positif di mana mereka mengurangkan kadar jenayah seksual tanpa data yang sah.

netflix risque business jepun

Rata-rata penonton menuduh produksi “Risqué Business: Japan” hanya memberikan fokus kepada sudut hiburan sahaja tanpa berfikir secara kritis mengenai topik sensitif itu.

Tak cukup dengan itu, pengacara Shin Dong-yeop turut menerima kritikan hebat kerana menghoskan rancangan itu meskipun menjadi maskot untuk beberapa program kekeluargaan lain seperti “Animal Farm” dan “Amazing Saturday”. Bahkan ramai meminta agar lelaki itu mengundurkan diri daripada program berkenaan kerana akan merosakkan imejnya.

Makin berani Korea..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...