Ikuti Kami:

Didakwa Mula Karier Model Majalah Seksual Di Jepun Kini, Ha Yeonsoo Beri Respon

Didakwa Mula Karier Model Majalah Seksual Di Jepun Kini, Ha Yeonsoo Beri Respon

Rasanya dah lama kita tak dengar berita mengenai Ha Yeon-soo kan?

Kini aktif di Jepun, nama pelakon wanita itu tiba-tiba menjadi bualan media apabila dikatakan sudah pun debut sebagai model ‘gravure’ di negara matahari terbit itu. Kalau korang nak tahu, fotografi itu menampilkan model remaja di mana mereka berpakaian provokatif seperti menggayakan pakaian yang sedikit ataupun tidak berbaju.

Tidak berpuas hati dengan tuduhan itu, Ha Yeon-soo bersuara dan menentang berita berkenaan. Katanya, tulisan artikel sedemikian hanya cuba membuatkan imejnya menjadi negatif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ハ•ヨンス (@hayeonsoo_)

Jelasnya, wartawan tidak menyertakan penjelasan sebenar di mana majalah yang disertainya serta beberapa majalah lain di Jepun mempunyai segmen istimewa di mana mereka menemubual individu seperti pelakon, pembaca berita, idola dan ramai lagi.

Ulas Ha Yeon-soo dengan lantang, dia juga pernah menyertai pertunjukan fesyen tahun lalu di Jepun namun tiada siapa yang menulis berita mengenainya meskipun itu adalah pertama kali dia berjalan di acara berprestij itu.

Di akhirnya, wanita itu meminta wartawan supaya membetulkan semula kenyataan yang ditulis mereka.

Sabar Ha Yeon-soo..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...