Ikuti Kami:

Selesai Kuarantin, Park Seojoon Berlepas Ke Eropah Untuk Penggambaran Filem ‘Dream’

Selesai Kuarantin, Park Seojoon Berlepas Ke Eropah Untuk Penggambaran Filem ‘Dream’

Pada minggu lepas, Park Seo-joon telah disahkan positif bagi COVID-19.

Setelah selesai menjalani kuarantinnya dan kini sudah pun pulih, Park Seo-joon dilaporkan dalam perjalanannya ke Hungary, Eropah, bagi menjalani penggambaran filem “Dream”. Menurut agensinya Awesome Entertainment,

Park Seo-joon telah berlepas ke Hungary pagi ini untuk penggambaran filem ‘Dream’. Selepas dibebaskan daripada kuarantin minggu lalu, dia telah pulih sepenuhnya. Jadi, penggambaran tidak mungkin akan terganggu. Untuk berjaga-jaga, kami akan bekerja keras untuk menjaga kesihatannya dan jalani penggambaran dengan selamat. Mungkin ada perubahan bergantung kepada keadaan tempatan, tetapi dia merancang untuk kembali ke Korea selepas menamatkan penggambaran pada Mac.

Kru dan pelakon lain telah berlepas secara berurutan dalam pasukan yang berbeza ke Hungary, dan Park Seo-joon yang baru dibebaskan daripada kuarantin, adalah salah seorang ahli terakhir yang akan menyertai.

park seojoon dream

Sementara itu, filem “Dream” diarahkan oleh Lee Byung-hun dan akan membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan. Park Seo-joon membintangi sebagai Yoon Hong-dae, seorang pemain bola sepak profesional dalam percubaan tatatertib, yang menjadi jurulatih pasukan bola sepak yang teruk.

Semoga penggambaran berjalan dengan lancar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...