Nampaknya, filem “The Outlaws” akan menemui penonton dengan dua lagi musim terbaru.

Terbaru pada 15 November, teraju utama filem “The Outlaws” iaitu Ma Dong-seok atau juga dikenali sebagai Don Lee, telah berkongi di laman Instagram miliknya bahawa penggambaran bagi “The Outlaws 3” telah pun selesai.
Bukan itu sahaja, pelakon itu juga turut mendedahkan kepada peminat bahawa filem berkenaan akan turut hadir dalam musim ke-4 yang dipanggil “The Roundup: Punishment”. Tulis Ma Dong-seok,
‘The Roundup: No Way Out (The Outlaws 3)’ telah menyelesaikan produksi!! Kami serentak melakukan penggambaran untuk ‘The Roundup: Punishment (The Outlaws 4)’ yang juga akan kami selesaikan dengan kuat!
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan, “The Outlaws 2” mengikuti pengembaraan menarik detektif legenda Ma Seok-do (Ma Dong-seok) dan skuad jenayah ganas balai polis ketika mereka mengejar penjahat baharu yang kuat (lakonan Son Suk-ku).
Korang layan tak filem ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.