Ikuti Kami:

Penggambaran Bermula, ‘The Outlaws 3’ Kongsi Barisan Pelakon Baru Bersama Ma Dongseok

Penggambaran Bermula, ‘The Outlaws 3’ Kongsi Barisan Pelakon Baru Bersama Ma Dongseok

Masih lagi terasa kehangatannya, francais “The Outlaws” bakal kembali dengan filem ketiganya tak lama nanti.

Terbaru, filem itu telah berkongsi sesi pembacaan skrip untuk filem terbaru itu. Daripada foto yang dimuat naik, dilihat Ma Dong-seok, Lee Joon-hyuk, Aoki Munetaka, Lee Beom-su, Kim Min-jae, Jeon Suk-ho dan Go Kyu-pil bakal menerajuinya.

Untuk filem ktiga ini, ianya akan membawa kisah Ma Seok-do (Ma Dong-seok) yang bertukar ke pasukan penyiasat metropolitan dan mengejar penjenayah dengan kumpulan barunya.

filem the outlaws 3

Selepas Yoon Kye-sang dan Son Suk-ku, Lee Joon-hyuk bakal menjadi antagonis ketiga bernama Joo Sung-chul. Manakala pelako Jepun Aoki Munetaka akan berlakon sebagai yakuza bernama Riki.

Lee Beom-su dan Kim Min-jae pula akan menjadi detektif dalam pasukan yang sama bersama Ma Dong-seok di mana Lee Beom-su sebagai ketua pasukan Jang Tae-soo dan Kim Min-jae sebagai orang kanan Ma Seok-do, Kim Man-jae.

Dalam pada itu, “The Outlaws 3” didedahkan sudah memulakan penggambaran pada 20 Julai lalu.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...