Ikuti Kami:

Selepas Song Joongki Roboh Rumah, Song Hyekyo Pula Dikhabarkan Tergesa-Gesa Jual Hartanah Miliknya?

Selepas Song Joongki Roboh Rumah, Song Hyekyo Pula Dikhabarkan Tergesa-Gesa Jual Hartanah Miliknya?

Semalam dilaporkan bahawa rumah kelamin Song Joongki dan Song Hyekyo dikatakan telah dirobohkan untuk memberi ruang kepada pembinaan bangunan baru. Namun, ianya telah dinafikan oleh sumber media dan kediaman yang dalam pembinaan itu adalah milik persendirian pelakon lelaki tersebut yang terletak di Itaewon.

Selepas berterbangan khabar angin itu, ada pula gosip yang mengatakan bahawa Song Hyekyo kini sedang tergesa-gesa untuk menjual rumah kelamin miliknya di kompleks perumahan terletak di Samseong-dong, Seoul pada harga 8.2 bilion won (RM29,284,651). Nilai itu bagaimanapun dikatakan rendah kalau nak dibandingkan dengan harga pasaran bagi kediaman yang terletak di kejiranan eksklusif itu.

song hyekyo jual hartanah

Namun, agensi naungannya telah menolak dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa berita itu adalah tidak benar.

Mengecewakan kerana maklumat palsu mengenai hal peribadinya telah dilaporkan. Hartanah di Samseong-dong tersebut sudah pun diiklankan sejak setahun yang lepas. Terdapat salah faham yang mengatakan bahawa Song Hyekyo tergesa-gesa ingin menjualnya sehingga menjadi buah mulut orang ramai. Informasi tersebut akan timbul sekiranya anda cari di laman hartanah. Mengarut apabila penjualan yang dilakukan pada setahun yang lepas telah menyebabkan salah faham dan khabar angin.

song hyekyo jual hartanah

Wakil itu juga menjelaskan mengenai khabar angin perobohan rumah kelamin pasangan itu semasa mereka masih lagi bersama yang terletak di Yongsan-gu, seperti dilaporkan kelmarin.

Song Hyekyo tak pernah langsung tinggal di rumah tersebut. Ia bukanlah rumah kelamin pasangan itu seperti yang dilaporkan.

Yang pasti, kedua-dua Song Joongki dan Song Hyekyo dah ‘move on’ dengan kisah cinta separuh jalan mereka ini.

Sumber: NEWSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...