Ikuti Kami:

Tinggal Kenangan, Rumah Perkahwinan Song Joongki & Song Hyekyo Kini Dirobohkan

Tinggal Kenangan, Rumah Perkahwinan Song Joongki & Song Hyekyo Kini Dirobohkan

Tidak semua janji untuk bersama sehingga selamanya akan menjadi kenyataan. Siapa sangka pasangan yang popular suatu ketika dahulu iaitu Song Joongki dan Song Hyegyo membuat keputusan untuk berpisah tidak sampa dua tahun berkahwin. Meskipun banyak spekulasi yang berterbangan di serata media sosial mengenai keretakan hubungan mereka, tetapi tiada siapa yang tahu punca sebenarnya.

Disebabkan mula popular menerusi gandingan bersama dalam drama “Descendants Of The Sun”, ramai peminat yang setia dengan naskhah tersebut secara tak langsung menyanjung hubungan cinta mereka sehingga ramai yang seperti tidak percaya apabila ‘Song-Song Couple’ berpisah.

song joongki dan song hyegyo

Semasa mereka bahagia melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini telah menetap di sebuah rumah yang gah terletak di Yongsan-gu, Seoul. Walaubagaimanapun, selepas hampir setahun ditinggalkan sepi akibat pemiliknya berpisah, kediaman itu dikhabarkan akan dirobohkan bagi memberi ruang untuk membina bangunan lima tingkat di mana tiga tingkat atas tanah dan dua tingkat lagi terletak di bawah tanah.

Menurut khabar angin, Song Joongki telah membeli rumah tersebut dengan harga 10 bilion won (RM35,459,000) namun kini ia hanya akan tinggalkan kenangan yang pahit. Pembinaan bangunan baru itu dijangka akan siap sepenunya padan Jun tahun hadapan.

rumah perkahwinan song joongki dan song hyekyo

Bagi mendapatkan keterangan lanjut daripada tuan punya badan, pihak media telah mendekati syarikat naungannya.

Itu adalah hal peribadinya, jadi kami tidak boleh memberi apa-apa komen.

Sebelum ini juga dikatakan bahawa Song Joongki telah membeli sebuah rumah percutian mewah terletak di Pantai Ala Moana, Hawaii.

‘Song-Song Couple’ hanya tinggal dalam kenangan.

Sumber: Seoul Newspaper

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...