Ikuti Kami:

Selepas Song Jihyo & Ji Sukjin, 3 Artis Ini Turut Tinggalkan Uzurocks Dek Penyelewengan Agensi

Selepas Song Jihyo & Ji Sukjin, 3 Artis Ini Turut Tinggalkan Uzurocks Dek Penyelewengan Agensi

Nampaknya, makin ramai selebriti yang telah meninggalkan agensi Uzurocks selepas Song Ji-hyo dan Ji Suk-jin.

Terbaru menurut laporan pada 19 September, Oh Man-seok, Bbaekga dan Lee Hyun-woo juga telah menamatkan kontrak mereka dengan Uzurocks dan sedang mencari agensi baru kini.

Sebelum ini, agensi telah menimbulkan kontroversi apabila dia didakwa tidak membayar bayaran lakonan Song Ji-hyo dan gaji yang tertunggak untuk ramai pekerja. Presidennya telah berjanji untuk menyelesaikan semua bayaran kepada artis dan pekerja, namun janji tersebut tidak ditepati.

uzurocks

Bukan itu sahaja, bil elektrik dan air di pejabat juga telah terputus baru-baru ini dan syarikat pembersihan tidak menerima gaji selama lima bulan.

Menurut Suruhanjaya Perdagangan Adil, jika agensi telah menjejaskan imej pelakon atau hampir tidak boleh beroperasi, kontrak artis boleh ditamatkan tanpa mengira baki tempoh kontrak.

Haihh..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...